SEJARAH

Sejarah Penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti

 

  

Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti telah siap dibina pada tahun 1970 di bawah Rancangan Malaysia Pertama. Sekolah ini mula beroperasi pada  4 Januari 1971 di bawah pentadbiran Tuan Haji Razikin bin Omar.  Di awal penubuhan, sekolah ini dikenali dengan nama SEKOLAH MENENGAH KUBANG SEMANG.

 

Pada peringkat permulaan, bilangan pelajar yang ditempatkan di sekolah ini seramai 552 orang sahaja. Pada ketika itu, hanya terdapat tiga buah kelas Tingkatan Dua ( 2 buah kelas aliran Melayu dan sebuah kelas aliran Inggeris), tujuh buah kelas Tingkatan Satu (6 buah kelas aliran Melayu dan sebuah kelas aliran Inggeris) serta dua buah kelas Peralihan.  Kesemua kelas ini dijalankan di sebelah pagi.  Pada peringkat permulaan, bilangan pelajar yang ditempatkan di sekolah ini seramai 552 orang sahaja. Pada ketika itu, hanya terdapat tiga buah kelas Tingkatan Dua ( 2 buah kelas aliran Melayu dan sebuah kelas aliran Inggeris), tujuh buah kelas Tingkatan Satu (6 buah kelas aliran Melayu dan sebuah kelas aliran Inggeris) serta dua buah kelas Peralihan.  Kesemua kelas ini dijalankan di sebelah pagi.

 

        Tuan Haji Razikin bin Omar

     Pengetua pertama SMK Penanti

 

 

 

 

Pada tahun 1973, bilangan pelajar telah meningkat kepada 1,026 orang. Bilangan bilik darjah yang terhad tidak dapat menampung bilangan pelajar yang ramai. Oleh sebab itu, mulai tahun 1973 Sekolah Menengah Kubang Semang telah menjalankan dua sesi persekolahan. Kesemua kelas dijalankan pada sesi pagi kecuali kelas-kelas Tingkatan Satu yang dijalankan pada waktu petang. Pada tahun 1976, bangunan Makmal Sains Tulen telah siap dibina di bawah Rancangan Malaysia Kedua. Beberapa bangunan tambahan juga telah dibina pada tahun 1977. Bilangan bilik darjah meningkat dari 18 buah kepada 30 buah di samping tiga buah Makmal Sains Tulen.  Pelajar-pelajar sekolah ini mengambil peperiksaan SPM dan MCE buat pertama kalinya pada tahun 1978 dengan pencapaian 47.40% (SPM) dan 51.51% (MCE).

 

Pada 29 Mac 1980, Tuan Haji Razikin bin Omar  bersara selepas berkhidmat selama sepuluh tahun di sekolah ini. Encik Abdul Rahman bin Ali yang mengambil alih tugas sebagai Guru Besar Sekolah Menengah Kubang Semang mulai 1 Julai 1980 telah melakukan beberapa perubahan dan pembaharuan. Beliau telah menukar nama sekolah dari Sekolah Menengah Kubang Semang kepada Sekolah Menengah Penanti. Beliau juga mengasaskan penubuhan Pusat Sumber Pelajaran dengan sumbangan Outright Grant dari Jabatan Perdana Menteri melalui YBM Tengku Razaleigh bin Hamzah. Sekolah Menengah Penanti telah dirasmikan oleh YBM Tengku Razaleigh bin Hamzah  pada 17 Mei 1981.

                                                                                     Persaraan Pengetua

                                                                             Tuan Haji Razikin bin Omar

                                                                                       pada 29 Mac 1980 

             

 YBM Tengku Razaleigh bin Hamzah menyempurnakan perasmian Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti pada 17 Mei 1981

Pada 1 Januari 1982, Encik Abdul Rahman bin Ali telah bertukar ke Pusat Sumber Pelajaran Negeri Kelantan sebagai Ketua Penyelaras dan tempat beliau sebagai Guru Besar telah diambilalih oleh   Tn. Hj. Kamaruzzaman bin Hassan pada 15 Februari 1982. 

Pada tahun 1983, sekolah ini telah membuka kelas Tingkatan Enam aliran sastera dengan jumlah pelajarnya seramai 43 orang. Pada awal tahun 1984, bangunan pasang siap yang mengandungi lima bilik darjah telah dibina. Rumah Pengetua juga telah dibina pada tahun yang sama. Sebuah bangunan baru yang mengandungi lima buah bilik darjah telah didirikan pada tahun 1985. Pejabat Pentadbiran dan bilik guru telah diubahsuai pada tahun 1985. Setelah lima tahun berkhidmat di sekolah ini , Tuan Haji Kamaruzzaman bin Hassan telah bertukar  pada tahun 1987. Tugas beliau telah diambilalih oleh Tuan Haji Yahya bin Md. Nor. 

Pada tahun 1988, Sekolah Menengah Penanti yang diterajui oleh Tuan Haji Yahya bin Md Nor telah membuka Asrama Puteri di bangunan Yayasan Aman. Seramai 115 orang pelajar miskin yang tinggal jauh dari sekolah ditempatkan di asrama ini.  Tuan Haji Yahya bin Md Nor telah bertukar sekolah pada tahun 1991. Beliau digantikan oleh Tuan Haji Daud bin Taha.  

Kemudahan infrastuktur sekolah semakin bertambah baik di bawah pentadbiran Tuan Haji Daud bin Taha. Berbagai pembaharuan telah dijalankan bagi meningkatkan prasarana sekolah. Di bawah pentadbirannya, Sekolah Menengah Penanti telah dipilih mewakili Pulau Pinang untuk menyertai Projek Rangkaian Munsyi, iaitu projek usahasama antara Telekom Malaysia dan Kementerian Pendidikan. Melalui projek ini,  sekolah telah dilengkapkan dengan rangkaian komputer dan internet serta  kemudahan lain yang menggalakkan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer.  Sekolah Menengah Penanti adalah antara sekolah pertama di Pulau Pinang yang mempunyai kemudahan internet. Tuan Haji Daud bin Taha menamatkan perkhidmatannya pada tahun 1994 untuk bergiat aktif  dalam bidang politik. 

Kecemerlangan Sekolah Menengah Penanti semakin terserlah semasa pentadbiran Tn. Haji Abdullah bin Abas yang mengambilalih tugas sebagai pengetua mulai tahun 1995 dan berkhidmat  sehingga tahun 1998. Peningkatan akademik dan pembangunan fizikal Sekolah Menengah Penanti diperkukuhkan dengan kerjasama semua pihak. 

Selepas persaraan Tuan Haji Abdullah bin Abas pada tahun 1998, buat pertama kalinya Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti ditadbir oleh seorang pengetua wanita. Pengetua keenam ini ialah Puan Siti Maizon bt Abu Bakar. Kerjayanya di sekolah ini bermula sebagai guru biasa. Seterusnya beliau menjawat jawatan Penyelia Petang, Penolong Kanan 1 dan dilantik sebagai Pengetua  Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti pada bulan September 1998. Beliau berkhidmat selama empat tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti dengan mengadakan berbagai pembaharuan demi meningkatkan kecemerlangan sekolah ini.  

Pada tahun 2001, bangunan asrama telah siap dibina dan telah dirasmikan oleh Encik Dawa @ Dewa bin Abdullah, Timbalan Pengarah Pendidikan Pulau Pinang pada masa itu. Pelajar-pelajar asrama tidak lagi ditempatkan di bangunan Yayasan Aman.

Pada tahun 2000 sebuah blok dua tingkat bangunan baru siap dibina dan mula digunakan untuk sesi pembelajaran pada tahun 2001 untuk menampung bilangan pelajar yang ramai. Pada tahun 2001 sebuah makmal komputer telah dibina dan diserahkan secara rasmi kepada pihak sekolah pada tahun 2002.  

Puan Siti Maizon bt Abu Bakar telah bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu pada bulan April 2002. Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti berdiri megah di bumi Penanti tanpa bimbingan Pengetua lebih dari setahun lamanya. Pentadbiran sekolah pada waktu itu diterajui oleh Pemangku Pengetua, Puan Saodah bt Ahamad. Pada tahun 2002, Sekolah Menengah kebangsaan Penanti mendapat sebuah surau baru yang lebih sempurna dan selesa hasil derma dari pelajar, guru dan masyarakat setempat. 

Pada 1 Mei 2003, pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti telah diambilalih olehTuan Haji Mohd Daud bin Hasanudin.  Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti  mencatat beberapa lagi kejayaan di bawah pentadbiran beliau. Untuk lima tahun berturut-turut, asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti dianugerah Asrama Lima Mutiara. Sekolah ini juga telah dicalonkan untuk mendapat anugerah Sekolah Harapan Negara 2003. Buat pertama kalinya, seorang pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti telah berjaya mendapat 5A  dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.  Cik Norasmahani bt Hussain menjadi pelajar Melayu tunggal antara 14 pelajar lain di negeri ini yang memperolehi keputusan 5A dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia tahun 2003. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: